MENGENAI KAMI
Sebuah Portal Pengurusan Harta Yang Komprehensif Untuk Anda

Matlamat PORTAL HIBAH adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pengurusan aset dan liabiliti ketika seseorang itu masih hidup agar apabila seseorang itu telah dijemput menghadap ilahi, segala pengurusan dan pentadbiran harta orang itu dapat dijalankan dengan penuh amanah dan mengikut lunas undang-undang oleh pewarisnya.
PORTAL HIBAH adalah satu platform khas yang menyediakan perkhidmatan perundingan bagi membantu masyarakat untuk lebih memahami dan mendalami ilmu berkenaan dengan pengurusan aset dan juga pengurusan harta pusaka.
Saban hari kita mendengar berita dan masalah mengenai persengketaan keluarga dan perebutan harta pusaka di kalangan ahli keluarga. Keadaan ini berlaku disebabkan ceteknya ilmu pengetahuan berkenaan dengan konsep dan proses undang-undang yang melibatkan pengurusan aset dan juga harta pusaka di kalangan masyarakat. Ramai juga diluar sana hanya menganggap bahawa pentadbiran harta seseorang yang telah meninggal dunia hanyalah tertakluk kepada hukum Faraid semata-mata. Walhal, mereka tidak mengetahui bahawa terdapat pelbagai perkara dan proses yang perlu diambil kira dan dilaksanakan sebelum pembahagian harta kepada waris-waris dapat dilakukan sepertimana yang telah ditetapkan oleh undang-undang di Malaysia.
Dengan mempunyai pengalaman dan latar belakang undang-undang shariah dan sivil di Malaysia, PORTAL HIBAH dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada anda dalam merangka pelan pengurusan aset mahupun pentadbiran harta pusaka yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda. Bukan itu sahaja, kami di PORTAL HIBAH akan memberikan konsultasi dan solusi yang terbaik agar anda dapat membuat keputusan yang tepat dalam pengurusan aset, liabiliti dan pewarisan harta.
PENGASAS

FAIZAL ARIS
Seorang peguam bertauliah yang mempunyai pengalaman dalam bidang undang-undang sivil dan juga mempunyai pengetahuan dalam undang-undang syariah di Malaysia. Beliau telah mengamalkan undang-undang selama hampir 15 tahun dan telah mengendalikan pelbagai kes Mahkamah melibatkan tuntutan, pentadbiran dan pembahagian harta pusaka.
Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Undang-undang (LL.M) dari University of Birmingham di United Kingdom, penulisan beliau yang bertajuk “Restorative Justice in Islam: The Forgotten Principle” telah mendapat pengiktirafan dan kepujian dari pihak University. Sepanjang kariernya, beliau telah memberi perkhidmatan rundingan dan nasihat undang-undang kepada badan dan organisasi Islam seperti Tabung Haji, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Islam Malaysia (UIM), Bank Islam dan lain-lain.
EDYNOOR HIEFNEE RAZALI
Seorang peguam bertauliah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LL.B) dan Diploma in Shariah Law & Practise (DSLP), kedua-duanya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau telah berkhidmat sebagai peguam selama tempoh lebih 15 tahun dan berpengalaman mengendalikan kes-kes berkaitan tuntutan dan pentadbiran harta pusaka, hibah dan wasiat serta menyediakan dokumen-dokumen Hibah dan Wasiat. Sepanjang karier, beliau terlibat dalam memberikan khidmat perundangan dan nasihat undang-undang kepada pelbagai agensi kewangan dan syarikat pemaju perumahan termasuklah Malayan Banking Berhad, Bank Simpanan Nasional, Credit Guarantee Corporation Berhad, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Protasco Berhad, Lagenda Properties Berhad dan lain-lain lagi.
